Saturday, 17 October 2015
Filled Under:
automotif
Benarkah Kenderaan Anda Memerlukan Ron97 Untuk Lebih Penjimatan Dan Kuasa?
Posted By:
sembang
on 21:13
Saya sejak dahulu lagi menggunakan RON95 untuk kereta dan motorsikal saya. Setakat ini tiada masalah dengan enjin dan saya berpada dengannya. Ini bermakna, saya akan terkecuali dari terpalit kesan secara langsung kenaikan harga bahanapi RON97 ini. Namun, tentunya kesan secara tidak langsung tetap ada.
Dalam hati, saya tertanya-tanya ramaikah yang terkena kesan secara langsung hasil dari kenaikan ini? Ramaikah yang menggunakan RON97? Saya bertanya di ruangan Facebook saya akan beberapa soalan tentang hal ini. Dan alhamdulillah, banyak maklumat-maklumat menarik telah saya perolehi dari sahabat-sahabat Facebook. Berikut perbincangan ringkas tersebut:
Sumbangan maklumat dan pengalaman dari sahabat2 FB
Berdasarkan cadangan rakan-rakan, maka saya rujuk ke buku manual untuk mendapatkan kepastian. Berikut adalah dari buku manual kenderaan saya:
Jenis bahanapi yang dicadangkan untuk kenderaan saya
Jelas dinyatakan bahawa bahanapi yang dicadangkan ialah yang jenis TANPA PLUMBUM. Dicadangkan untuk menggunakan RON95. Paling rendah yang boleh digunakan ialah RON91 (sudah tiada dalam pasaran Malaysia), tetapi pengguna akan mengalami prestasi kenderaan yang rendah sekiranya menggunakannya. Yang lebih baik, tentulah menggunakan bahanapi yang premium.
Bagi saya, cukuplah sekadar menggunakan RON95. Saya pun hanya menggunakan kenderaan itu untuk mengambil anak, bekerja dan bersiar-siar sahaja. Jika saya seorang yang mementingkan prestasi tinggi dan pemecutan yang efektif, barulah saya akan pertimbangkan yang lebih tinggi kualitinya. Buat masa ini, ‘poket tidak berisi’.
Lain kenderaan, maka lainlah jenis bahanapi minima yang dicadangkan. Tiada peraturan umum yang boleh digunakan untuk menentukan samada sesuatu kenderaan itu sesuai menggunakan RON95 atau RON97. Hendak atau tidak hendak, mesti rujuk kepada manual kenderaan masing-masing.
Hasil carian maklumat untuk memahami hal ini, saya telah terjumpa satu jadual di internet, yang barangkali boleh dijadikan rujukan awal kepada umum untuk mengetahui jenis bahanapi yang sesuai dengan kenderaan masing-masing. Berikut jadualnya yang menyatakan jenis bahanapi mengikut jenis dan model kenderaan.
Apapun, sekali lagi saya sarankan semua agar merujuk kepada buku manual masing-masing untuk mengetahui cadangan bahanapi yang minima. Maklumat di dalam buku manual kenderaan tuan/puan bakal memberikan maklumat yang lebih tepat berdasarkan jenis dan model kenderaan.
Samada mahu menggunakan RON95 atau RON97, ia terpulang kepada anda. Anda mesti membuat semakan dan kajian. Rujuklah buku manual kenderaan tuan/puan. Tentulah menggunakan bahanapi bernilai tinggi lebih bagus. Tetapi, memandangkan harga RON97 semakin naik dan baik, maka perlu juga ditanya:
“Benarkah kenderaan anda memerlukan RON97?”
Tepuk perlahan-lahan dada, dan tanya poket anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
just nak tambah sket...ron 97 ni lebih sesuai untuk kereta atau motosikal yg mempunyai compression ratio yg tinggi...
ReplyDeleteini kerana ron 97 mempunyai daya ketahanan dari terbakar dengan sendiri berbanding ron 95dan dapat mengelakkan knocking atau pinging pada enjin..
knocking terjadi apabila compression enjin terlampau tinggi atau enjin terlampau panas...hal ini dapat dielakkan dengan menggunakan minyak ron yg lebih tinggi atau menggunakan sistem EGR.
enjin berprestasi tinggi biasanya mempunyai kompressi yg tinggi jd mereka disarankan memilih ron yg lebih tinggi.
Betul2. Belajar thermodynmics kalau nak lebih paham cycle2 ni. And apa effect pada engine. Fuh.
ReplyDelete