Sunday, 18 October 2015

Filled Under:

7 Sebab Kereta Proton Murah di Luar Negara


Persoalan, mengapa dan kenapa harga kereta Proton, kereta nasional Malaysia adalah jauh lebih murah di luar negara berbanding dengan harga kereta tersebut di pasaran tempatan? Saya sendiri pun dok tercari dan terfikir mengapa dan kenapa ini sejak sekian lama. Ada banyak teori dan ada banyak pendapat. Menerusi entri ini, saya nak kongsikan sedikit pengetahuan yang saya tahu mengenai sebab-sebab tersebut.

Sebelum itu, eloklah saya buat setting minda anda semua. Pertama sekali, saya bukan pengedar dan penjual kereta Proton. Saya juga bukan ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat jual kereta apatah lagi yang ada kaitan dengan Proton. Saya juga bukan pekerja Proton! Dan paling anda perlu tahu, saya tidak dibayar sesen pun menulis mengenai sebab kereta Proton murah di luar negara!

Jadi, kenapa saya nak beritahu perkara ini? Kerana nak menjawab persoalan diri sendiri, dan kongsikan kepada anda, samada ia logik atau tidak, samada boleh diterima pakai atau tidak. Itu sahaja. Anda berhak nak komen dan mungkin mencerahkan lagi persoalan ini.

7 Sebab Kereta Proton Murah di Luar Negara

Ok, mari kita lihat sebab harga kereta Proton jauh lebih murah di luar negara berbanding di Malaysia.
Harga Promosi

Ini mungkin adalah sebab utama. Ia adalah untuk tujuan promosi. Seperti mana Proton Saga mula diperkenalkan dahulu di dalam negara ini, ia ditawarkan dengan harga cukup murah sehingga semua rakyat Malaysia berlumba nak beli. Ia jauh lebih murah daripada semua harga kereta di Malaysia ketika Proton Saga dilancarkan.

Begitu juga senario harga kereta ini di luar negara, yang mana Proton mahu bertapak di dalam pasaran, harga kereta perlu lebih murah dan bersaing dengan harga kereta sedia ada di sana. Jika harga Proton yang baru nak diperkenalkan adalah tinggi, maka kemungkinan tiada kereta akan terjual, dan proses nak perkenalkan produk pun boleh gagal.
Teknik Pengiklanan

Mungkin tak ramai yang fikir sangat. Tetapi cuba anda sebagai seorang pembeli kereta, pergi ke showroom jenama import, anda dapat tahu harga kereta import itu adalah jauh lebih murah dari negara asalnya dijual, tidakkah anda akan membeli kereta tersebut? Secara logik akal seorang pembeli produk, kita akan membeli produk yang murah tetapi dijamin kualitinya. Weihhhh .. tentu beli kereta BMW kalau harga kereta itu lebih murah dari negara German .. kan kan?

Begitu juga dengan pembeli luar negara. Mereka akan membeli kereta Proton (di tempat mereka Proton jadi kereta import), seandainya mereka anggap kereta itu jauh lebih murah. Tak gitu? Bila dah ramai beli, bolehlah Proton dapat award .... dan naikkan harga untuk edisi akan datang, yang sama harga atau jauh lebih mahal dari kebiasaan.
Nilai Matawang

Ini perlu tengok juga. Apakah nilai kadar tukaran wang asing di negara yang jual kereta Proton tersebut. Pada kita nampak murah, tetapi pada penduduk tempatan di negara terbabit ...mungkin lain .. ye tak?
Kos Alat Ganti

Harga kereta mungkin murah, tetapi kos alat ganti mungkin mahal. Proton mungkin akan menjual lebih banyak kereta dengan harga promosi tertentu, tetapi dari sudut harga servis lepas jualan, serta kos alat ganti di negara-negera terbabit mungkin mahal. Jadi, Proton ambil langkah untuk dapat untung selepas menjual kereta dan bukan semasa menjual kereta tersebut.

Harga di Malaysia mungkin sedikit mahal, tetapi kos servis lepas jualan serta alat ganti mungkin jauh lebih murah daripada mana-mana kereta jenama lain di Malaysia. Malah, jauh lebih murah dengan harga selepas servis di luar negara untuk produk yang sama.
Kuantiti Penjualan

Salah satu teknik dalam pemasaran ialah kuantiti penjualan. Apabila kereta Proton di luar negara lebih banyak terjual disebabkan oleh harga kompetitif jauh lebih murah, maka kuantiti terjual mungkin tinggi. Apabila tinggi, boleh eksploitasi pasaran dan menjadi salah seorang pemain industri kenderaan bermotor di negara tersebut. Bila ada pengaruh, senanglah nak menjual produk dan edisi Proton seterusnya.
Keuntungan Secara Menyeluruh

Proton mungkin ambil pendekatan untuk kaut untung secara menyeluruh. Jadi, jualan di negara luar dengan harga lebih murah mungkin tidak jejaskan harga kos keseluruhan kereta tersebut. Atau dari sudut atau aspek lain ... jual di negara A untung, jual di negara B rugi sedikit, jual di negara C untung banyak .... kita nampak Proton jual di negara A banyak sebab harga diberikan rendah, tetapi di negara C mungkin jauh lebih mahal yang boleh tampung kos jual di negara A atau B.
Faktor Luaran Seperti Faedah Pinjaman, Insurans atau Cukai

Benda ini pun ada main peranan untuk menjadikan harga kereta Proton di luar negara jauh lebih murah. Kalau harga di showroom dah mahal, tambah lagi dengan harga atas jalan termasuk insurans dan sebagainya ..... mungkin kereta tak dapat dijual.

Begitu juga dengan tarif atau cukai. Mungkin mekanisme percukaian di negara terbabit berlainan dengan di Malaysia. Mana nak tahu ... kan kan?

Faktor luaran seperti minyak atau petrol mungkin mahal, jadi jejaskan kebolehan untuk jual kereta. Kalau harga minyak di negara terbabit mahal, maka tak ramai yang mampu atau teringin nak beli kereta, kecuali seandainya harga kereta tersebut benar-benar murah. Jadi, dari elak rugi orang tak beli kereta disebabkan oleh sesuatu yang Proton tak boleh nak kawal, adalah lebih baik mereka jual harga kereta murah yang mereka mampu kawal. Setidaknya kos lain berkaitan boleh dikurangkan.

Ok dah la kot. Ini sekadar teori yang singgah di kepala saya. Anda mungkin ada pendapat berbeza dan lebih arif daripada saya.

Apapun, apa yang saya faham .. harga kereta Proton ditentukan sendiri oleh Proton. Jadi, merekalah lebih arif mengapa dan kenapa.




0 comments:

Post a Comment