Sunday, 18 October 2015

Filled Under:

Pengambilan Air Tulang Sumsum Dan Kesan Sampingannya

Bismillahirrahmanirrahim...


As Salam,

Sejak  dulu lagi ramai dikalangan kita apabila mendengar saja  rawatan ' Ambil Air Tulang Belakang ' seperti tajuk diatas pasti gerun dan menjadi tanda tanya...  Apakah benar risiko akan mengakibatkan seseorang pesakit itu  akan menjadi lumpuh ?

Persoalan begini selalu menjadikan keluarga pesakit rasa takut dan serba salah untuk mengizinkan doktor menjalani rawatan untuk mengambil air tulang belakang pesakit atau  disebut juga ' lumbar puncture ' .Inilah yang berlaku kepada keluarga saudara bunda yang sedang dilema menghadapi saranan doktor tentang penyakit anaknya.

Sebenarnya mengambil air tulang belakang ini bukan satu proses yang mudah... ia dilakukan sekiranya pesakit benar-benar memerlukannya.

Antara kegunaannya ialah untuk diagnosa penyakit  meningitis (infeksi selaput otak).  Meningitis disebabkan bakteria, virus atau fungi.  Simptom penyakit meningitis juga tidak spesifik,  ia hampir seperti demam biasa.

Oleh itu mana-mana pesakit yang disyaki  mengalami meningitis,  terutamanya bayi dan kanak-kanak...  perlu diuji air tulang belakangnya.

Air tulang belakang ini akan dikaji komposisinya dan dikultur untuk virus , bakteria dan fungi.  Air tulang belakang yang diperlukan tidak banyak.  Untuk pesakit dewasa ,  selalunya  kurang daripada 5 - 10 ml diperlukan.

Prosedur  lumbar puncture  tidak terkecuali daripada komplikasi .  Pesakit boleh mengalami pening kepala  dan ini boleh dielak dengan  berbaring terlentang selama satu jam selepas prosedur.

Rawatan lumbar puncture telah dibuktikan secara klinikal ia tidak akan menyebabkan  kelumpuhan / kecacatan.   Pada kesimpulan nya jangan takut pernyataan ' Ambil Air Tulang Belakang '.  

Jika dibuat perbandingan , meningitis lebih jauh  berkemungkinan tinggi  untuk menyebabkan seseorang  lumpuh  jika tidak di rawat dengan cepat.





0 comments:

Post a Comment