Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini pelakon Amyra Rosli telah dipilih menjadi duta bagi jenama tudung terkenal Fareeda.
Namun apa yang menyedihkan masih ada segelintir yang mempersoalkan pemilihan tersebut malah pelbagai persepsi negatif timbul ekoran daripada keputusan pemilihan tersebut. Kenapa pula ni?
Lantikan Amyra Rosli Sebagai Duta Tudung Dipersoal!
“Saya sedar ramai orang yang akan bertanya tentang hal ini. Saya menerima tawaran ini sebagai satu bisnes dan akan bawa tanggungjawab ini bagi menggalakkan orang di luar sana untuk berhijab. Orang nak cakap apa terpulang kerana bukan senang nak dapat tawaran yang mungkin orang lain tak boleh dapat.
“Allah bagi jalan untuk saya menjadi wajah jenama tudung dan pemilihan ini juga memberi positif vibe kepada diri saya. Ini merupakan satu tanggungjawab untuk saya dan bila dapat jadi wajah jenama tudung, ia memberi kebaikan untuk saya agar lebih pandai membawa diri.
“Saya pun makin berumur dan niat untuk bertudung memang ada. Ramai juga yang cakap saya lagi elok bila bertudung. Tapi, biarlah saya sendiri yang terbuka hati untuk memakainya dan saya harap semua doakan yang satu hari nanti saya akan memakai tudung,” ujarnya manis.
Lantikan Amyra Rosli Sebagai Duta Tudung Dipersoal!
Tapi kan rasa-rasanya bertudung ni tidak sama sekali menghalang seseorang artis itu daripada terus melakukan aktiviti dan pekerjaan sebagai penghibur. Apa yang penting, setiap batas-batas dalam Islam yang telah ditetapkan kita akur dan patuh, InshaAllah selamat dunia akhirat.
Friday, 23 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment