Tuesday, 20 October 2015

Filled Under:

HUBUNGAN CINTA RUMIT TAPI JANGAN TERKEJUT KALAU SAYA KAHWIN DENGAN NEDIM NORA DANISH


Nampaknya Nora Danish tidak mahu menyembunyikan sesuatu mengenai status hubungannya dengan Nedim.
Nora Danish menjelaskan ketika ini hubungan cintanya bersama Nedim Nazri adalah sesuatu yang sangat rumit (complicated).
Walaubagaimanapun, Nora menyatakan janganlah terkejut sekiranya tiba-tiba dia membuat keputusan berkahwin dengan Nedim.
Ini komennya:
Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan
Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin,
Ini pula komennya tentang isu bercuti ke Bali bersama Nedim baru-baru ini walaupun dikatakan telah berpisah.
Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim. Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah,




0 comments:

Post a Comment