Monday, 26 October 2015

Filled Under:

Bila Orang Mati Hidup Semula Bercerita

Bila Orang Mati Hidup Semula Bercerita


Bila jenazah diangkat keluar , semua yang hadir mengucap panjang , hampir tak percaya apa yang mereka lihat . Kain kapan yang membalut tubuh koyak rabak seperti dicarik - carik . Badannya penuh dengan kesan torehan yang panjang macam dilibas dengan benda tajam . Lukanya dalam hingga nampak daging tapi tak berdarah .

Dia sedar selepas 3 bulan terlantar kerana koma , air matanya terus mengalir ... Dia berubah menjadi seorang yang pendiam , banyak termenung dan menangis . Dia mula mendekatkan diri pada agama . Kalau dulunya dia seorang mat rempit , kini dia menjadi seorang yang lemah lembut , bicaranya sopan .

Selepas setahun , atas pujukan kawan baiknya , dia menceritakan apa yang berlaku selama tiga hari di dalam kubur . " Aku melihat sekeliling yang gelap , hitam pekat , panas dan sempit . Nak keluar tapi tak nampak jalan . Tiba - tiba aku dengar bunyi benda diheret . Macam bunyi rantai besi diseret di atas lantai . Memang mengerikan ! "

" Tiba - tiba muncul dua orang lelaki berserban dan jubah putih kat depan aku . Rupanya sama jer macam kembar . Tak tua , tak muda . Mereka berjalan ke arah aku sambil heret rantai besi sebesar lengan . Sangat panjang dan tak de penghujung . "

" Dia berhenti kat depan aku lalu bertanya , " MA RABBUKA ? " Gema suara tu kuat sangat . Tiba - tiba mulut aku menjawab . Tak boleh kawal  , " Aku tak tahu ! " Aku mintak tolong kat mereka keluarkan aku dari situ . Tiba - tiba orang tu libaskan rantai besi tuh kat badan aku . Rantai tu melilit dari atas sampai la ke bawah . Pastu badan aku tergulung dan terbenam ke dalam lapisan tanah yang sangat dalam . Dalam kesakitan tu aku merayu pada Allah tolong aku . Aku rasa daging aku macam disiat - siat sampai berkecai . "

" Perkara ni berlaku sampai dua tiga kali . Mereka juga tanya , " MA DINNUKA ( apa agamamu ) MA KIBLATUKA ( apa kiblatmu ) , MA IMAMMUKA ( apa kitabmu ) , MA IKHWANUKA ( siapa saudaramu ) " . Aku faham tapi lidah aku kaku . Mulut aku cuma jawab , " tak tahu " . Tiba - tiba aku ada kat sungai . Air sungai tu hanyutkan aku sampai kat dua cabang anak sungai . Aku pilih kanan dan badan aku sangkut kat pokok - pokok kat tepi sungai . Badan aku penuh dengan kesan kelar . "

" Aku dengar lagi rantai besi diseret . Aku menangis , cuma boleh merayu pada Allah ampunkan segala dosa aku . Aku memang banyak buat dosa ! Aku juga berjanji pada Allah akan bertaubat atas segala dosa yang aku lakukan !

Sebelum meninggal , dia seorang mat rempit yang berusia 19 tahun di sebuah daerah di Perak . Peristiwa ni berlaku pada hujung 80an . Kuburnya digali semula selepas tiga hari dikebumikan . Ibunya bermimpi tiga hari berturut - turut . Dia menangis memberitahu dia masih hidup dan mahu dikeluarkan .

Tiga tahun selepas itu dia telah meninggalkan dunia untuk selamanya ketika dalam tidur sebagai seorang mukmin yang soleh . Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua .




0 comments:

Post a Comment