Sunday, 18 October 2015

Filled Under:

Apakah Maksud Perkataan 'Keling" Bagi Orang Berbangsa India Di Malaysia


Apa makna Keling? Kita buka ruang, letak lah definisi Keling masing-masing.

Masa sekolah rendah dulu, cukup minat cakap Keling, kalau ada kita berkawan dengan kawan berketurunan India, kita akan dikatakan berkawan dengan Keling, seolah-olah diejek dan hasil suasana begitu, pergaulan antara keturunan bangsa ini jarang terjadi dengan manis. Dan kita pun ada dengar, teman-teman keturunan India tak gemar dipanggil Keling.

Masuk sekolah menengah di SEMERBAK, Tingkatan 4 Bestari. Masa itu, saya pelajar baru kelas 4 Bestari. Saya duduk di sebelah Faizal, ada Mubarak, Sufi, ada Mukhlis, ada Christ dan ada Maheswaran. Saudara Maheswaran ini teman saya di Tingkatan 4 Bestari. Latar belakangnya, beliau seorang yang kuat beragama, punya nilai-nilai akhlak dan moral yang baik, dan beliau tekun berulang-alik ke kuil di Batu Caves. Pernah saya terserempak dengan Maheswaran di pintu pagar Sekolah, masa itu waktu Maghrib, saya sedang pulang dari padang, dan Maheswaran berjalan kaki melalui kawasan Sekolah, berjalan ke arah tempat bas di tepi Masjid Biru. Saya gurau-gurau dengan Mahes, "Mahes, rajin sangat ni pergi sekolah Maghrib-Maghrib?" Dia pun segan-segan rendah diri cakap, "Nak pergi Batu Caves, sembahyang."

Mahes punya cara percakapannya, lembut, sopan dan gemar senyum sambil bergurau. Jadi satu hari, saya tanya Mahes pasal kenapa orang India(Hindu maksud saya) tak selesa dipanggil Keling? Satu soalan yang saya rasa kurang senang untuk bertanya tapi penjelasan ini perlu untuk saya sendiri. Maka Mahes jawab, "Sebenarnya tak ada apa pun panggil Keling, tak patut pun marah, aku tak ada rasa apa." Saya cakap, "Keling ni kasta paling rendah dalam masyarakat India ke?" Dia terangkan, "Tak ada lah, Keling bukan kasta paling rendah, Keling ni sebenarnya orang panggil India Muslim tu Keling lah."

Orang India Muslim itu sebenarnya Keling lah. Orang yang salah guna nama Keling tu. Itu pasal bila pikir-pikir, rupanya patut lah di Pulau Pinang ada satu Masjid yang namanya, Masjid Kapitan Keling. Kalau Keling itu nama kutukan atas orang India-Hindu, atau nama kasta dalam masyarakat India, tak kan lah diletakkan pada nama Masjid. Mau ke kita letak nama Masjid, Masjid Otai-Taiko pulak kan? Jadi bila kita cuba kait-kait, maka saya peganglah pada takrifan Keling itu sebenarnya India-Muslim. Rupanya yang teman-teman India sensitif tu Pariah, bukan Keling, dan sekeliling yang meracun tentang Keling Pariah ini jelas merosakkan hubungan saudara zaman kanak-kanak, yang sepatutnya belum kenal erti rasis.

Kemudian saya ada cakap lagi, "Mahes aku tengok ko rajin pergi Kuil, ko punya kasta macam tinggi-tinggi punya je." "Oh, keluarga aku kasta Brahmin, jangan bagitau sapa-sapa, kasta Brahmin ni macam golongan Sami lah, Bangsawan lah." Mahes ni memang punya nilai moral yang baik. Jelas kita tengok, apa keturunan sekalipun, Cina ke India ke Punjabi ke, bila rapat dengan agama, amalkan nilai moral & akhlak, ada rasa takut dengan Tuhan, setia dengan undang-undang, maka inilah titik persamaan kita dan di sinilah datangnya persaudaraan sesama insan seperti yang dituntut oleh Saidina Ali K.W. iaitu Akhukum fil Insaniah, persaudaraan insaniah. Begitulah keterbukaan dan konsep persaudaraan dalam Islam yang patutnya diamalkan, bukan perkauman sempit yang memecah yang tak sudah-sudah.





2 comments:

  1. Tak tepat, penjelasan anda tak betul, keturunan keling ini ada yg islam dan ada yg hindu, di Penang bukan semua org berketurunan keling, yg paling ramai adalah sind, gujerat, punjabi islam/sikh dan palekat. Masjid kapitan keling tu adalah kebetulan sahaja, krn bangsa2 India yg lain di Penang lebih suka pulang semula ke India krn bangsa mrk kasta tinggi. Org keturunan keling ditindas di negara mrk, krn itu mrk ingin terus menetap di Penang.

    ReplyDelete
  2. Tak tepat, penjelasan anda tak betul, keturunan keling ini ada yg islam dan ada yg hindu, di Penang bukan semua org berketurunan keling, yg paling ramai adalah sind, gujerat, punjabi islam/sikh dan palekat. Masjid kapitan keling tu adalah kebetulan sahaja, krn bangsa2 India yg lain di Penang lebih suka pulang semula ke India krn bangsa mrk kasta tinggi. Org keturunan keling ditindas di negara mrk, krn itu mrk ingin terus menetap di Penang.

    ReplyDelete