Friday, 23 October 2015
Filled Under:
dunia global
KEJAM!!! BARU 7 TAHUN DAH TINGGAL DALAM KANDANG BABI- Ya Allah Kotor nya.....
Posted By:
sembang
on 20:37
##Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui tinggal dalam sebuah kandang babi di luar rumah keluarganya di Puyang, wilayah Henan. Kanak-kanak itu tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik dan tubuhnya dipenuhi calar dan luka. Dia ditemui oleh seorang sukarelawan kebajikan dan seorang wartawan tempatan pada Sabtu.....
#Anak itu dipanggil ‘Little Hongbo’ didapati tidur di luar rumah sepanjang tahun, walaupun dalam hujan dan salji, lapor Puyang Morning Post. Kandang babi itu terletak di tengah halaman rumah keluarganya dan berbau busuk.....
## Bapa anak itu, Liu Zhenxue, 46, ialah seorang penternak babi, manakala ibunya mengalami masalah mental. Liu juga memandu teksi di bandar, namun keluarga itu mengalami masalah untuk membiayai kos makanan. Liu memandu ke bandar setiap pagi dan mengumpul sisa makanan dari beberapa restoran, yang kemudiannya dipilih-pilih untuk diberikan kepada babi.....
# Orang kampung memberitahu yang ibunya mempunyai lima anak, walau bagaimanapun tiga darinya telah meninggal dunia. Adalah dipercayai sikap ibu itu yang suka mendera ialah sebab kematian anak-anaknya. Seorang jiran memberitahu pemberita:
Saya selalu dengar ibunya pegang kepala Hongbo dan menghentaknya ke lantai. Kadangkala, lepas tiga atau empat kali hentakan baru Hongbo menangis.....
## Orang kampung yang simpati terhadap anak itu memberinya pakaian, makanan dan kadangkala mengetuk pagar kandang bagi membolehkan anak itu bermain di luar. Kata seorang sukarelawan yang terlibat:
Sekiranya boleh, saya ingin mengambil Hongbo sebagai anak angkat. Saya bukan orang kaya, tetapi sekurang-kurangnya saya masih mampu beri dia makan dan hantarnya ke sekolah. Akhbar itu tidak menyebut tentang apa yang bakal berlaku bapa ibu bapanya memandangkan anak itu telah ditemui dalam keadaan daif.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment