Sunday, 18 October 2015

Filled Under:

Masalah Untuk Orang Pendek Jangan Marah Aa



Bak kata P. Ramlee, “Jangan marah haa…”. Di sini saya nak tegaskan tiada timbul niat kutukan atau perli memerli semasa saya membuat artikel ini.


Isu pendek, ketot, kenit, petite dan comel ni memang sangat sinonim dengan orang kita (Malaysia dan Asia). Saya ni pula asal daripada Perak dan orang-orang utara memang terkenal dengan kecomelan mereka. Kecilnya kami bukan tahap manusia kerdil (Dwarfism : bawah 4 kaki 10 inci), cuma sememangnya kami kecil dan comel. Di sini saya senaraikan beberapa permasalahan yang selalu kami hadapi.



Barang yang diletak di tempat tinggi
Walaupun marah, tetap dianggap comel dan tak serius
Kalau pergi konsert, memang susah nak tengok atas pentas
Orang anggap kami ni masih kanak-kanak – bayangkan nak tengok wayang yang kategori 18, kena tunjuk kad pengenalan!
Kalau kereta besar, kaki tak sampai pedal dan kepala tak nampak bumper kereta
Susah nak tengok cermin atau selfie
Mudah sesat di tempat padat – contoh, taman tema!
Susah nak cari saiz baju dan kasut – kena pergi seksyen kanak-kanak!
Kerusi besar & meja besar – dah nampak macam kami menyorok
Terasa macam sandwich kalau duduk beramai-ramai
Bercakap dengan orang yang tinggi
Kepala kami menjadi tempat letak tangan mereka yang tinggi
Bila berpeluk, samada mereka akan angkat kami atau membongkok atau memendekkan diri
Bila berjalan dengan orang yang lebih tinggi, mereka akan anggap kami berlari
Gambar-gambar ini lebih jelas menunjukkan masalah kami.
Tetapi kami juga ada kelebihan.

Kami kecil. Kami boleh muat di mana-mana sahaja
Walau kami buat salah, tunjuk muka Puss In Boots, kami pasti terlepas
Bangga bila orang ramai teka umur kami – mesti dapat muda 5-10 tahun
Tak perlu nak elak tangga, dahan pokok, tingkap dan seumpamanya
Kami akan sentiasa menjadi comel




0 comments:

Post a Comment