Paul Walker (kiri), Roger Rodas (kanan)
: punca paul walker mati kemalangan kereta porsche carrera gt Menurut portal berita TMZ, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang ada kaitan dengan kedai yang menyimpan dan menyenggara kereta tersebut, Always Evolving kemungkinan berlaku kebocoran pada minyak stereng kuasa Malah sumber memberitahu TMZ, ada melihat kesan cecair sebelum kesan tayar di tempat kejadian
Dalam laporan lain pula mengatakan kelajuan merupakan faktor kemalangan tersebut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk
Bagaimana pun dakwaan kelajuan merupakan punca kemalangan itu dinafikan oleh beberapa pihak kerana, Roger Rodas adalah seorang pelumba kereta yang berpengalaman mustahil untuknya hilang kawalan disebabkan kelajuan dan dakwaan tersebut juga dikatakan tidak masuk akal
Dalam pada itu, pasukan penyiasat masih lagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan terbabit bagi mengenalpasti punca sebenar nahas
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, Paul Walker yang berusia 40 tahun itu duduk di bahagian penumpang bersama Roger Rodas yang memandu kereta Porshe Carrera GT dilaporkan gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebatang pokok di sisi jalan
Impak pelanggaran itu turut mengakibatkan kenderaan tersebut meletup dan terbakar Kematian Walker juga mengejutkan peminatnya, lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuah trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar
0 comments:
Post a Comment