Friday, 23 October 2015

Filled Under:

Maria Farida Rampas Suami Orang Terjawab

Akhirnya desas-desus atau gosip liar yang bertajuk “Maria Farida Rampas Suami Orang” terjawab jua apabila pelakon itu sendiri menafikannya. Maria Farida tampil memberi respon dan komen untuk membela dirinya. Maria Farida dengan tegas menafikan bahawa tuduhan beliau menjadi perampas suami lantas menjadi punca perpecahan sebuah rumah tangga.





“Semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut. Saya hairan bagaimana orang ramai boleh cepat percaya pada gosip mengarut itu. Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin.
“Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan. Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard,”
jelasnya.



Setakat ini, Maria Farida telah pun membuat laporan polis dan berurusan dengan peguamnya untuk tindakan selanjutnya. Apa pun kami dari Aam Dot My (www.aam.my) doakan kejayaan dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Biasalah tu, ada segelintir yang tidak berpuashati tentang apa pun kita semua kurang pasti sehinggakan mereka ini mengada-adakan cerita yang tidak benar.





0 comments:

Post a Comment