Sunday, 25 October 2015

Filled Under:

Kerana iPhone 6, Pelajar Universiti Tempatan Sanggup Buat Laporan Polis Palsu

Nilai: Seorang pelajar sebuah universiti tempatan yang berusia 22 tahun sanggup membuat laporan polis palsu hanya untuk membeli gadjet iPhone 6.

Pelajar tersebut telah membuat laporan palsu kononnya dia dirompak oleh empat lelaki berkereta di Jalan NSV 1, Bandar Baru Nilai di sini kelmarin selepas dia 'terpakai' wang RM 4,000 untuk membeli iPhone 6.

Difahamkan wang RM4,000 itu dikutip dari rakan serumahnya untuk membayar sewa rumah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata di dalam laporan polis tersebut pelajar berkenaan mendakwa dia diacukan parang di leher sebelum suspek melarikan wang tunai sebanyak RM4,000 miliknya.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati wang sebanyak RM4,000 itu dikutip daripada rakan serumahnya untuk membayar sewa rumah.

“Namun, lelaki itu menggunakan wang berkenaan untuk membeli telefon bimbit iPhone 6 dan berikutan bimbang perbuatannya diketahui rakan serumahnya, pelajar itu membuat laporan palsu,” katanya memetik laporan myMetro.

Kata beliau lagi, perbuatan pelajar tersebut memakan diri apabila pengalaman anggotanya berjaya menghidup kejadian sebenar.




0 comments:

Post a Comment