Tuesday, 27 October 2015

Filled Under:
,

Petua Ajar Kucing Berak Menggunakan Sebatang Lidi

Tunggu! kite belum habiskan ayat lagi. Cara nak ajar kucing berak di tempat yang sepatutnya jika tak mahu kucing berak merata dan berbau satu rumah.

Bagi uolss yang simpan kucing dalam rumah dan mahu kucing uolss tu berak atau dalam kata lainnya qada hajat hohoho... di dalam bilik air ada 1 petua yang kite nak kongsi dengan uolss uolss sekelian alam.

Huhuhu penat tau kite tangkap gambar-gambar ni semua. Nasib baik kucing-kucing rumah kite semuanya kurang kasih sayang jadi mereka suka je bila kite mempergunakan main-main dengan mereka hihihi.

OK uolss, sila scroll ke bawah untuk membaca cara-caranya. Euwww poyonye kite. Cekidauut~~

PESANAN PENAJA: Petua ini tidak dijamin keberkesanannya sebab penulis (tiba-tiba penulis pulak) pon baru saja mencubanya. Kesannya mungkin berbeza-beza ye. Trimas.



Petua untuk Elak Kucing Tak Terlatih Berak/Kencing Merata (yang direkomen oleh Wancik)

1. Cari di sekitar rumah anda atau di mana-mana kedai runcit berdekatan, the penyapu lidi. Haha tak pon cari dekat rumah atuk anda. Tipulah kalau dekat rumah atuk anda tak de benda ni.



Mentang-mentanglah penyapu lidi ni olskool, perlu ke edit nak olskool jugak??


2. Cabut/ambik sebatang je lidi dari penyapu lidi tu. (suruh cari penyapu lidi macam nak guna semua je...)





3. OK. Sekarang kita ambik target kita. Seekor kucing. Bukan seekor cipanzi atau ape ape saja lah. Tapi seekor kucing. Kalau boleh biarlah yang umur sekitar 5 bulan ke atas. Kecik sangat payah nak ajar. Tak paham bahase.

Empunya badan suruh censored kan. Dia malu. Jatuh saham nanti.


Yang ini kecik sangat tau. Tunggu dia beso sikit baru ajar. Sementara nak tunggu dia besar tu. Pandai-pandai kome le. Huahaha


 4. Lepas itu, ambik balik lidi sebatang tadi. Ukur sama panjang dengan ekor kucing tadi kemudian patahkan ikut panjang ekornya.


Macam gini...


Haa..patahkan...


Tengok balik sama panjang tak. Agak-agak aje. Tak payah la guna pembaris  pulak.


TIBA-TIBA ADA SOALAN: Kalau ekor pendek macam ni, lagu mana nak ukur?? JAWAPANNYA: ZzzZZz....Boleh je kot. Try dulu. +,+


5. Pergi ke tempat yang kita nak kucing itu melampiaskan nafsunya contohnya bilik air/jamban. Kendian, cucuk/pacakkan lidi tadi dekat tempat tersebut.


Contohnye.


Bawak kucing tadi ke tempat itu. Cakap baik-baik dengan dia macam gini "Awak kencing/berak dekat sini ek. Kakak dah tandakan tempat ini eksklusif untuk awak sorang je tau. Tak mau berak-berak tempat lain yekk."


Jika kucing itu kurang faham, mintak ibunya@kucing yang lebih faham dengan bahasa manusia untuk explain pada dia.


6. Lepas itu, uolss wait and see je lah. Esok lusanya kalau cadar atau karpet anda tidak diberaknya, maknanya dia berak dekat tempat tadilah tu. Cuma satu je, anda kena percaya dengan diri anda, dan percaya dengan kucing itu. Cakap dengan ikhlas pada dia. Insyaallah dia akan ikut kata kita. ^_^


Oh-Em-Ji busuknyaaaa! Taik cayaqqq





TESTIMONIAL PENGGUNA

"Dulu masa saya baru import Oiyo masuk rumah, dua kali dia buat onar atas katil saya. Sekali berak sekali kencing. Memang muka Oiyo tu muka tak boleh dipercayai. Hampeh betul. Lepas itu makcik saya beri tahu saya tentang petua hebat ini dan saya pon cubalah. Alhamdullilah menjadi. Oiyo dah mula berak dalam bilik air dan bukan atas cadar saya lagi. Sekarang Oiyo dah boleh dipercayai heee. Cuma satu je lah, saya terpaksa jirus poo poo dia hari-hari, baunya jangan cerite la, lalat pon pengsan. Saya harap lepas ni ada pulak petua nak ajar kucing berak dalam mangkuk jamban lepas tu flush sendiri. Mesti lagi convenient. Heee" -Penulis sendiri


Daripada...



Hinggalah...



Kalau uolss uolss sekelian alam ni ada jugak petua pasal kucing, sharing is caring la dengan kite ekkk..Mekasih...
Hehehee...selamat mencuba ye!!




4 comments:

  1. Boleh pcaye ke.. hahaha.. tp cara penyampaian tu bagus..

    ReplyDelete
  2. Boleh pcaye ke.. hahaha.. tp cara penyampaian tu bagus..

    ReplyDelete
  3. Okay sy nk cuba cara ni ya. Sbb dia dulu pakai paper..pastu bila bertukar ke pasir or tofu dia cam geli2 lak. Pastu dah berak kencing merata2.

    ReplyDelete