JIKA diikutkan, punca rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat baru-baru ini adalah satu salah faham apabila sekumpulan manusia berniat ingin membela nasib remaja yang kononnya ditipu oleh sebuah premis di plaza terbabit.
Namun, hakikat sebenarnya ialah remaja tersebut yang bersalah kerana mencuri dan bukannya isu barangan tiruan seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak sebelum ini.
Cakap bab ‘barangan tiruan’, pihak utama yang ditunding jari oleh masyarakat berkaitan hal ini pastinya adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Mungkin sebab terlalu terbawa-bawa dengan isu ini, terdapat pihak tak bertanggung jawab didapati mencipta sebuah laman Facebok palsu menggunakan nama KPDNKK yang dikesan mengeluarkan kenyataan agak ‘lucu’ namun boleh menyebabkan orang ramai terkeliru lantas mengecam kementerian terbabit.
Kenyataan yang dimuat naik oleh Facebook palsu ini dilihat ingin memburuk-burukkan KPDNKK yang dikatakan tidak tegas menangani masalah penipuan di Plaza Low Yat.
kpdnkk fake 2“Setelah pihak kami menyiasat. akhirnya anggota kami hanya terjumpa telefon mainan kanak2 tidak seperti laporan yg diuar-uarkan sebelum ini. Macam mana para-para pengguna tidak tertipu, Kalau telefon mainan dengan clone pun tidak tahu beza..? Macam inikah dipanggil pengguna bijak..? Jadilah pengguna yang berpengetahuan sebelum layak mengkritik pihak KPDNKK”
Laman palsu itu juga menggunakan gambar profile yang sama dengan laman asal, cuma namanya agak berlainan.
Disebabkan hal tersebut, KPDNKK telah menafikan mengeluarkan kenyataan kontroversi itu di laman Facebook.
“AMARAN! Satu akaun palsu Facebook KPDNKK telah dikesan sejak semalam dipercayai bertujuan untuk mengelirukan orang ramai. Pihak SKMM telah menghantar laporan kepada pihak Facebook untuk sekat akaun tersebut serta laporan polis telah dibuat.
“Dimohon agar orang ramai tidak terperdaya dengan tindakan tidak bermoral ini. Akaun Facebook KPDNKK boleh dilayari menerusi alamat www.facebook.com.myKPDNKK,” kata kenyataan dari Facebook rasmi kementerian berkenaan.
Apa-apa pun, orang ramai harus berwaspada dengan laman palsu sebegini kerana maklumat yang diterima adalah tidak tepat dan boleh mengundang kemarahan jika terus dipercayai tanpa usul periksa.
Monday, 19 October 2015
Filled Under:
isu semasa
Laman FB Akaun Palsu KPDNKK Pula Diwujudkan, Macam-Macam!
Posted By:
sembang
on 20:10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment