Sunday, 18 October 2015
Filled Under:
Petua Cantik & Kilatkan Kuku
Posted By:
sembang
on 07:35
Sila lihat pada kuku tangan & kaki anda. Adakah ia kuat & sihat bersinar? Keadaan kuku yang kusam dapat dielakkan melalui penjagaan kuku yang betul. Tidak perlu berhabis duit dengan pergi ke ‘spa kuku’, hanya perlu konsisten di rumah.
Rendamkan kuku tangan & kaki ke dalam bekas berisi air suam.
Potong kuku mengikut bentuk terutama kuku kaki yang harus dipotong lurus agar bahagian tepi kuku tidak tikam isi.
Kikir kuku agar ia rapi.
Sentiasa sapu losyen kulit agar kuku sihat.
Ada juga beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan.
LIMAU NIPIS / LEMON
Gosokkan limau pada kuku & biarkan selama beberapa minit. kemudian cuci, hasilnya kuku kelihatan cantik.
BELIMBING BULUH
Belimbing buluh digosokkan pada kuku. Pastikan kulit luar belimbing juga digunakan untuk menguatkan kuku.
BAWANG PUTIH
Gosokkan bawang putih pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu menguatkan struktur kuku & menggilatkan lagi kuku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment