Seperti biasa, Ketua setiusaha Negara (KSN) akan datang dan pergi. Tan Sri Sidek Hassan (bekas KSN) sekarang ini sedang duduk di kerusi empuk sebagai pengerusi Petronas yang baru dan digantikan dengan Datuk Seri Ali Hamsa.
Menggalas jawatan baru semestinya akan datang semangat baru yang berkobar-kobar dalam dirinya. Itu perkara biasa……tetapi apa yang kami harapkan ialah ia tidak sekadar berkisar kepada visi-visi lama dan lapuk yang diangkat ibarat satu cara perubahan kerja yang baru…..
Sumber : Yahoo Malaysia
Cuma kami kurang jelas sedikit dengan maksud beliau mahu merakyatkan perkhidmatan awam? Nak jadi rakyat apa pula selepas ini?
Kami berharap ia tidak sekadar bercakap ala-ala retorik semata. Tetapi patut diterjemahkan di atas kertas secara prajtikalnya untuk dilaksanakan perubahan secepat mungkin. Itulah yang sepatutnya…..Kenapa agaknya kakitangan kerajaan boleh dituduh sebagai lembap?
antara sebabnya ialah displin, faktor usia, kualiti. swasta pun sama je lebih kurang tetapi tidaklah ketara sangat.
Walaubagaimanapun skop sektor kerajaan ini luas. Kasihan kepada kakitangan kerajaan yang cukup berdedikasi, cekap dan bertanggungjawab terhadap kerja yang telah diamanahkan kepada mereka. Disebabkan segelintir yang malas dan lembap inilah habis smeuanya yang mendapat “nama”. Dan disebabkan itulah memang sangat bagus apabila kerajaan bertegas dan mual membuang kakitangan kerajaan yang tidak berdisiplin semasa menjalankan tugas.
Masalahnya sekarang ini kebanyakan kakitangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini terlalu sukar untuk dibuang. Apatah lagi kakitangan kerajaan yang cara kerjanya lembap. Proses buang kakitangan tidak sama seperti berlakunya di sektor swasta, terus dibuangkan sahaja. Prosedur buang kakitangan awam cukup rumit.
Secara lisan 2 kali
Perhatikan dalam tempoh 3 bulan ada datang atau tidak bertugas
Jikalau selepas itu, masih tiada perubahan
Siarkan nama mereka-mereka ini supaya melaporkan diri
Dan kemudiannya minta nasihat JPA samada perlu dibuang atau tidak
Kalau ada pengaruh sikit dengan orang politik yang masuk ke sektor kerajaan melalui “pintu belakang”, mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan terus kebal daripada sebarang tindakan.
Jikalau di sektor awam, jika cara kerja kakitangan tidak menepati standard yang ditetapkan oleh pihak syarikat pasti akan dipanggil oleh orang atasan dan akan berbunyi peringatan keras seperti di bawah ini :
“either you shape it yourself or you will be ‘shipped-out’ “
Kadang-kadang kami berasa pelik, kerana mahu ditagih lagi kelompok kakitangan awam yang sudah berusia ditambah dengan kudrat yang tinggal untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir hidupnya. Mengapa tidak digantikan kesemuanya mereka ini dengan golongan yang lebih bersemangat, bertenaga tidak kiralah yang samada yang muda atau yang berumur asalkan mereka mempunyai ciri-ciri seperti yang kami sebutkan tadi. Yang kurang bertenaga ini boleh berundur ke belakang yang mungkin bersesuaian dengan pengalaman yang mereka ada.
Apa yang kami perhatikan masalah dalam sektor kerajaan ini terlalu ramai ‘little napoleon’. Apa yang kami perhatikan sistemnya memang begitulah rentak dan gayanya. Sukar untuk mengubahnya selagi polisi dasarnya tidak diubah secara total. Contohnya, ada kajian yang menunjukkan telah berlkaunya jurang antara pegawai pelaksana dan pegawai pemikir sehingga menyebabkan beberapa kerja tergendala begitu sahaja. Yang menerima masalah siapa akhirnya?
Satu lagi budaya, pass kerja. Kalau telefon, mula-mula cakap pegawai ini, lepas tu esok telefon cakap pegawai lain pula. 2-3 hari lagi telefon pun dengan orang lain pula. Bila nak selesai masalah yang satu ini? Dari pengamatan kami, sikap tidak mahu membantu yang menjadikan sistem kakitangan kerajaan ini lembap, orang ini tolak dengan orang ini, orang ini tolak dengan orang itu. Sudahnya urusan tergantung begitu sahaja. Sikap tidak mahu ambil tahu ibarat seperti :
“kerja aku kerja aku, kerja kau kerja kau tetapi elaun tetap kami sapu. begitu? “
Selagi budaya ni wujud dalam sektor kerajaan, tukar beribu Ketua Setiausaha Negara sekalipun servisnya masih ditakuk lama sukar untuk dipulihkan secara total. Belum lagi yang lain-lain…ada yang nak menambahnya?
Salah satu faktor adalah kakitangan kerajaan sendiri majoritinya terdiri 90% Melayu. Maka daya saing dan tahap kompetetifnya sangat kurang. Kalau nisbah pekerja Melayu – Non Melayu di semua peringkat sekitar 70:30, kami yakin dan pasti tahap kecekapan meningkat. Yang memulakan ISO certification pun sektor swasta.
Walaubagaimanapun, kami cukup bersetuju sektor awam sudah ada nampak banyak perubahan sejak di zaman Pak Lah lagi walaupun tidaklah sampai ke tahap 90%, sekurang-kurangnya ada peningkatan dari segi approval, soal balas dan pro-aktif. Tetapi……..dalam pada masa yang sama masih juga terlalu banyak yang perlu diperbaiki.
P/S : Apa respon dnegan kualiti servis kakitangan kerajaan ketika ini? Ada pengalaman yang ingin dikongsikan di sini?
Sunday, 18 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment