Artikel penulis sebelum ini berkongsi berkenaan dengan panduan memilih buah durian yang terbaik di sini. Untuk artikel kali ini, penulis ingin berkongsi pula panduan memilih buah tembikai yang manis, enak dan terbaik.
Cara memilih buah tembikai yang manis dan enak
Siapa yang tak kenal tembikai yang sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
tembikai manisTembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Tembikai sebenarnya boleh menjadi jantan dan betina, bukan manusia dan binatang sahaja. TEMBIKAI BETINA LEBIH BESAR DARIPADA TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal jantan atau betina senang je, anda perlu MELIHAT JALUR YANG TERDAPAT PADA BUAH TEMBIKAI tersebut. JIKA JALURNYA KECIL MAKA JANTANLAH TU, DAN KALAU LEBAR BETINALAH TU.
Jadi petuanya, PILIHLAH YANG BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.
CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :
1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin
2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya
3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah
4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)
5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.
SELAMAT MENCUBA....
Tuesday, 27 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment