Friday 23 October 2015

Filled Under:

Tips Meluruskan Rambut Yang Mengembang Macam Hantu Kak Limah

Rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Pernah tak anda alami? Selepas basuh rambut dengan shampoo, rambut anda akan menjadi kering dan mengembang seperti Hantu Kak Limah? Haa…jangan biarkan ye, nanti tak selera pula suami tengok isteri macam tu.

Anda pun mesti tak suka tengok rambut macam tu juga kan?  Kalau tak suka, apa kata anda amalkan tips meluruskan rambut dengan mudah yang akan saya kongsikan bersama ni.


Seronokkan kalau dapat rambut cantik seperti model di atas. Cantik dan lurus je. Jangan terkejut kalau saya katakan, ramai yang sanggup berbelanja besar untuk merawat atau mencantikkan rambut di salun.

Tetapi tahukah anda?

Selain daripada kos yang tinggi, rawatan tersebut sebenarnya mempunyai banyak bahan kimia! Dalam jangka masa yang panjang, ia akan mendatangkan kesan sampingan. Sebab tu lepas buat rawatan rambut banyak gugur, kering dan macam – macam lagi masalah yang muncul.

Bahaya tau. So mulai hari ni apa kata kita luruskan rambut kita secara semulajadi. Jom baca info yang saya perolehi dari Mingguan Wanita ni.

5 Tips Meluruskan Rambut Secara Semulajadi

1) Kombinasi Santan & Jus Lemon



Campurkan secawan santan bersama setengah cawan jus lemon. Kemudian, sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman. Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.

Sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala. Bungkus dengan tuala atau shower cap selama sejam.

Bilas sehingga bersih. Lakukan petua ini seminggu dua kali, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


2) Limau Nipis



Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis. Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi. Lakukan petua ini setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Malah limau nipis juga bagus untuk menghilangkan kelemumur dan gatal – gatal pada kulit kepala.


3) Susu Segar


Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur. Kemudian semburkan pada rambut. Biar selama 20 hingga 30 minit.

Selepas itu, sikat rambut anda. Bilas rambut, cuci dengan syampu dan akhiri dengan penggunaan perapi. Lakukan sekerap yang mungkin.


4) Pisang & Betik



Lenyek pisang masak dengan betik sehingga halus atau kisar sahaja kedua – dua bahan ini. Campurkan dua sudu madu. Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering.

Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan pemakaian perapi. Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biarkan ia kering.

Elakkan mengikat rambut. Lakukan seminggu dua kali.


5) Tepung Gantum & Telur



Campurkan dua biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati. Basuh rambut, lap dengan tuala sehingga separuh kering.

Sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata. Kemudian, sikat rambut sehingga lurus.

Biarkan selama 30 sehingga 40 minit, bilas sehingga bersih. amalkan petua ini dua kali seminggu.


Wah, tak susah rupanya nak lurus dan cantikkan rambut. Bila – bila masa pun kita boleh buat dirumah.

Untuk pengetahuan anda..

Rambut kita akan cantik, lurus, lebat dan hitam berkilat sekiranya sel – sel didalam tubuh badan kita sihat. Hanya ada satu cara sahaja untuk cantikkan sel dalam tubuh badan kita, dengan pengambilan protein yang mencukupi dalam badan.

Ini kerana, tugas utama protein adalah membaiki sel dalam badan. Sebab itu sesiapa yang mengalami masalah :

rambut gugur
rambut nipis
rambut bercabang
rambut lambat tumbuh
dan lain – lain
Semua ini disebabkan oleh kekurangan protein dalam tubuh badan anda.

Selain itu juga, kekurangan zinc juga akan menyebabkan folikel rambut menjadi lemah dan pertumbuhan semula rambut akan menjadi perlahan.

Sekiranya badan anda kekurangan zinc, maka ia tidak dapat mengaktifkan pembentukan dan perkembangan sel untuk menghasilkan rambut baru. Akibatnya rambut kita lambat tumbuh. Especially bagi mereka yang mengalami masalah hampir botak.




0 comments:

Post a Comment