Tuesday 20 October 2015

Filled Under:

Tayar Moto/Kereta Pancit Kena Paku di Highway Boleh Dielakan Menggunakan Gel Ajaib Teknologi Japan


Sebelum aku tahu tentang gel ajaib teknologi japun ni moto aku asik bocor je.



Tayar motor pancit di highway atau lebuhraya. Korang pernah alami situasi macam ni? Satu pengalaman yang cukup memenatkan tubuh badan, jiwa dan mental. Aku asyik nak mencarut je rasanya semalam. Dah la tengah rushing nak pergi jalankan tugas. Sekali macam tu pulak jadinya. Apalah nasib. Sabar jela nak buat macam mana lagi kan. Terpaksa menolak motor sejauh beberapa kilometer sebelum jumpa stesen minyak.

Biasa kat stesen minyak ada banyak iklan “Tayar ko pancit? Sila hubungi 012-345 6789” ditulis atau ditampal kat tempat isi angin tayar. Kat situ aku call beberapa orang yang buat bisnes tukar tiub tayar pancit. 2 3 orang juga aku call. Mula-mula aku call nombor brader yang aku pernah guna servis tukar tiub dulu. Dia cakap tengah kerja kat ofis, tak boleh nak keluar. Kerja tukar-tukar tiub tu bisnes part-time dia lepas waktu pejabat.

Aku pun call lagi nombor yang diiklan kat stesen minyak tu. Nasib baik ada sorang yang boleh datang. Full-time kot dia buat kerja tu. Tapi sampai berpeluh-peluh aku tunggu dia. Sejam lebih jugak rasanya aku tunggu baru nampak batang hidung. Sekali tiub yang dia bawak rosak pulak. Terkoyak kenapa entah. Dia pun pergi cari tiub lain. Aku kena tunggu lagi dalam setengah jam. Penat giler!

Bila dia datang balik terus dia buat kerja tukar tiub tayar motor aku. Rupanya pancit sebab kena paku. Cekap jugak aku tengok brader tu buat kerja. Lepas tu kena caj RM30. Perghh! Lupa nak tanya caj masa call dia semalam. Aku try nego sikit, dapat kurang jadi RM25 je. Ok la tu (sedapkan hati). Kalau ikutkan memang mahal lagi (hati bagitau aku dah kena kencing). Tapi dah berlaku kat highway kan, susah nak cari kedai motor, redha jela. Nak bertekak pon bukan dapat faedah apa-apa. Dah memang macam gitu harga servis tukar tiub waktu kecemasan. Rezeki engkau lah, brader. Tu harga untuk 2 tiub kan? kan? Pfftttt~

Aku dah banyak kali alami situasi tayar motor pancit. Pernah sekali hampir tergolek masa tengah layan corner (selekoh). Tak perasan tayar pancit time tu sebab masa jalan lurus tak rasa apa-apa. Bila ‘kona‘ je berjoget-joget tayar belakang. Nasib baik sempat bertahan guna kaki untuk elak motor jatuh. Time tu pancit kat area aku tinggal. So, senang jela nak cari kedai motor. Paling teruk pun kena tolak motor kejap pergi kedai motor tu. Kalau kat highway memang berlebih-lebih teruk la bila tayar motor pancit. Ingat nak tukar pakai tayar tubeless pulak lepas ni. Susah sikit nak pancit.

paku atas jalanraya
Paku-paku yang ditabur atas jalanraya mengakibatkan tayar pancit.
Objek Tajam Atas Jalanraya

Kat highway ada insan-insan tak guna yang sengaja tabur paku atau benda tajam atas jalanraya untuk buat tayar motor pancit. Lepas tu dia buat bisnes tukar tiub dan kenakan caj yang tinggi. Entah-entah brader yang tukar tiub motor aku semalam pun terbabit sama. Aku agak-agak je. Malas nak tuduh sape-sape. Tapi muka yang nampak baik tak semestinya hati pun baik. Kadang-kadang boleh jadi lebih jahat daripada syaitan. Kepada semua penunggang motosikal sila berhati-hati di jalanraya dan juga lebuhraya. Kepada semua penabur paku atas jalan raya, hentikanlah perbuatan korang tu. Menyusahkan orang tau tak?! Bebal.


Okey setelah di updated aku pun ternampak pasal gel tayar anti bocor yang boleh digunakan untuk kereta dan motor. Gel ni berharga rm10-15 sebotol. Kalau untuk motor guna satu botol untuk satu tayar. Kereta aku belum try lagi. Hebat betul gel ni tak bocor langsung tayar aku! hehe
Penjelasan ada dibawah ini.





-Liquid/Gum self -sealing tayar paling hangat di pasaran utk semua jenis tayar tubeless

-berfungsi sebagai anti-kebocoran tayar ketika tayar terkena paku/benda tajam yg boleh menyebabkan tayar pancit (motosikal dan kereta)

-produk dari Korea daripada technology Japan

-The best self-sealing agent in the market

-di perbuat daripada material silicon yang berkualiti tinggi, tidak toksik dan mesra alam

-senang digunakan, cuma mengambil beberapa saat utk tyr menjadi pulih seperti biasa

- menyelesaikan masalah tayar pancit

-anda tidak lg bersusah payah membawa tayr anda untuk di tampal/tembak cacing ketika pancit/bocor

- seals punctures in seconds!

- melindungi seluruh permukaan dalam tayar

-Kerisauan Pancit tayar Sifar - sehingga 50 kali pancit ,tiada masalah -menjadikan tayar anda habis digunakan sehingga tayar botak,,tanpa bocor! terbuki!



- protect against rust and corrosion (rim aloi/besi tidak terjejas,tiada effect kpd roda rim/rim sukan)

-digunakan meluas pada motorsikal  superbikes dan kereta pada negara Jepun,eropah dan USA

-menjimatkan wang anda
tidak kusut lagi apabila memikirkan tayar anda pancit



----------------------------------------------------------------------------------

MASADA POWER SEALANT GUM/GEL

cara guna:
samaada nk letak kat tyr baru,tyr sedang pakai @ tayar yg dah ada bocor..tiada masalah

cara guna.. flat kan tyr anda dulu,,cabut pin dlm valve kasi keluar angin,,
hulurkan muncung nozel botol ke valve tyr tu,,picit botol tu,,(sebaik 1 botol 1 tayar)..pastu masukkan pin ke dlm valve..dan pam tayar tu,,setel..gulingkn tyr tu bg rata kat dlm tyar tu,,liquid ni ringan,,xde beratkan tayar,,dia mcm silicon,, mesra alam.



 utk kereta, 4 botol utk 4 tayar
utk moto cub/scooter 1 botol 1-2 tayar
apa tunggu lagi..
berubah kepada MASADA!




2 comments:

  1. Nak cari tayar nanti? Cuba website http://mytayar.com

    Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete