Monday 26 October 2015

Filled Under:

INFO: #10 HARGA MOTOSIKAL 250cc 'ALA' SUPERBIKE [BAJET & KOS MAINTENANCE]

MEMILIKI motosikal superbike adalah menjadi impian segelintir rider yang obsesi terhadap jentera yang gah meluncur di jalan raya. Bagi mereka, adalah kepuasan apabila dapat memiliki, menunggang dan lebih menarik apabila bergerak dalam keadaan konvoi. Memiliki motosikal superbike kini bukan suatu yang mustahil kerana pasaran dan pelbagai jenama hadir dalam pasaran. Tanpa mengira pangkat, darjat, dan usia, jentera ini menjadi simbol kebanggaan kebanyakan pemiliknya.

Bagi mereka yang berjiwa rider sudah semestinya inginkan kepuasan memiliki superbike. Hari ini, pengeluar motosikal berjenama memahami dan melaksanakan impian mereka untuk memiliki motosikal seakan-akan superbike seperti 600cc keatas, kemudian dikenakan pula dengan jaket superbike berjenama Kawasaki ataupun jenama terkenal sut motosikal iaitu Alpinestar ataupun Fox, helmet full-face, sarung glove, perghhh! Ingat, Valentino Rossi!

Disini, WP akan membantu memberi sedikit info kepada anda. Motosikal 250cc memang belambak dipasaran tetapi nak cari motosikal yang menyenangkan kita jangka masa yang panjang perlu dikaji dengan teliti, terutamanya dari segi kos maintenance. WP telah menyenaraikan motosikal yang telah berada dipasaran Malaysia, WP mengutamakan motosikal CKD (Completely Knocked Down) kerana lebih murah dan alat ganti (spare parts) mudah didapati dan murah (motosikal dari Jepun menjadi pilihan terbaik), tidak perlu order berminggu-minggu. Dibawah adalah senarai motosikal 250cc yang menjadi pilihan para riders di Malaysia.

#10
REDZA: Velocita 250 [GENATA: GM250YZF-R] - Harga RM 11 999

 ---------------------------------------------
#9
REDZA: Velocita II 250 - Harga RM 14 999

  ---------------------------------------------
#8
NAZA: Blade 250 Naked 2013[Hyosung] - Harga RM 12 999



  ---------------------------------------------
#7
MEGELLI: Megelli 250 SR Naked - Harga RM 14 880

  ---------------------------------------------
#6
SYM: T2 250 i - Harga RM 16 500

  ---------------------------------------------
#5
KTM: DUKE 200 [2013 with ABS] - Harga RM 19 000

  ---------------------------------------------
#4
MEGELLI: Megelli 250 RR [2013]- Harga RM 15 880


  ---------------------------------------------
#3
NAZA: Blade 250 R [2013 New Design] - Harga RM 13 999

  ---------------------------------------------
#2
HONDA: CBR 250 R [2013 with ABS] - Harga RM 20 499

  ---------------------------------------------
#1
KAWASAKI: Ninja 250 R [2013 with ABS] - Harga RM 22 589

 ----------------------------------------------------------------------

MENGENAI JENAMA MOTOSIKAL DI MALAYSIA, CKD DAN MAINTENANCE

Redza Motorcycles

Redza Motorcycle merupakan nama baru di dalam dunia permotoran Malaysia, bagi peminat superbike, sudah pasti nama Redza Motorcycle sudah mula kedengaran. Ianya merupakan satu syarikat milik penuh anak Malaysia. Mengikut cerita yang diterima, Redza Motorcycle mengadaptasi rekabentuk dari Itali, manakala enjinnya pula dari Jepun.

Redza Motorcycle secara rasminya telah melancarkan 3 model utama iaitu Velocita (250cc), Bellisimo (250) dan Reena Scooter (300cc). Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu bermula dengan RM9,999 sehingga RM11,999.

Khabarnya motor ini tidak mencapai tahap kelajuan 250cc, tapi kalau nak tau kesahihannya, anda tanyalah pada siapa yang pernah memilikinya. Kilang pemasangan (CKD) dibuka di Rawang (Lokasi sebenar tidak dimaklumkan). Buat masa ini  masih lagi kekurangan info berkaitan motosikal ini untuk membandingkan kos maintenance

Redza Motorcycle (RMC) is a business unit under Business Equation Sdn. Bhd. (622585-X), a subsidiary company of Tenaga Ulung Sdn. Bhd. (496131-T) registered in Malaysia.


Megelli Motorcycles

Megelli adalah pengedar untuk motosikal jenama dari British, yang merupakan pengeluaran tempatan (CKD) di Kuching, Sarawak dan menggunakan komponen dari China, Taiwan, Jepun dan Itali.

Kelebihan motosikal ini adalah harga mampu milik selain bentuk sporty. Dari segi perkhidmatan selepas jualan juga turut dipertingkatkan dengan melantik Tropicana Motor sebagai pengedar dan perkhidmatan servis untuk kemudahan pelanggan di Semenanjung Malaysia.

Walaupun reka bentuknya lebih kepada pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, namun pengubahsuaian dilakukan untuk menyesuaikan motosikal ini dengan piawaian minyak di Malaysia dan komponen getah juga disesuaikan dengan cuaca di sini.

Tiga varian Megelli ini adalah 250MR, 250SR dan 250RR. Ketiga-tiga varian itu menggunakan spesifikasi enjin sama namun untuk segmen berbeza. Dilengkapi enjin silinder tunggal sejukkan cecair bersesaran 249.5cc, ia menghamburkan kuasa maksimum 27PS pada 9000rpm dan kuasa kilas 24.4Nm pada 7000rpm dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Megelli 250MR adalah versi motocross yang akan menarik perhatian penunggang yang ingin kebebasan pengembaraan offroad. Sementara 250SR ditujukan kepada mereka yang lebih meminati penunggangan selesa. Megelli 250RR pula dilengkapi dengan body cowling sports sepenuhnya.

Harga yang ditawarkan bersama insurans - Megelli 250MR, RM16,520, Megelli 250SR (RM16,720), Megelli 250RR (RM17,750) dan CFMOTO 650NK (RM28,000).

- Pengarah N B Motors Trading Sdn Bhd, Johnnie Ngu


SYM

Wakil jualan bagi motosikal jenama SYM, Mat Motors Sdn Bhd di Shah Alam Selangor adalah satu-satunya milik Bumiputera yang aktif sejak ditubuhkan Julai tahun lalu.
SYM adalah jenama motosikal buatan Taiwan sejak 1954. Mula berada di pasaran tempatan lapan tahun lalu. Sebelum ini, jenama SYM banyak di eksport ke negara lain seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Bagi pasaran tempatan, motosikal SYM dipasang sepenuhnya (CKD) di Pulau Pinang.
Mat Motors Sdn Bhd adalah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dan turut sediakan khidmat bengkel kepada pelanggannya.

Menurutnya, jenama SYM kini telah mendapat tempat dalam kalangan pengguna motosikal tempatan dan luar negara.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, jenama SYM kini telah menandingi jenama tempatan seperti Modenas dan Demak.

“Berbanding ketika mula-mula berada di pasaran tempatan, SYM kini telah mula dikenali pengguna motosikal.

Engku Mohammad berkata, syarikatnya mampu menjual sekitar 10 motosikal sebulan berikutan stok di kilang yang tidak mencukupi terutamanya motosikal berkapasiti tinggi. Model bagi motosikal dengan kapasiti rendah seperti Jet Power boleh dijual dengan banyak kerana stok sentiasa mencukupi.
Menurut statistik, 90 peratus pengguna SYM adalah Melayu. Mat Motors turut menerima tempahan daripada pelanggan luar daerah seperti di Sabah dan Sarawak.


KTM

Pengeluar motosikal yang kedua terbesar di Eropah, KTM dan Motonation Manufacturer Sdn Bhd bekerjasama untuk membina sebuah kilang pemasangan KTM di Wilayah Ekonomi Koridor Utara Malaysia di Kedah.

Kilang itu merupakan kilang operasi pemasangan tempatan (CKD) KTM yang pertama dibina di luar Austria, dan bermatlamat untuk memenuhi permintaan perkhidmatan bagi pasaran Asia Tenggara. Dua model pertama yang dipasang di kilang tersebut adalah motosikal KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke.

“NCIA sentiasa mencari jalan mempertingkatkan ekonomi di Koridor Utara dengan tujuan untuk mengekalkan manfaat persaingan dalam bidang pembuatan. Salah satu kelebihan Koridor Utara ialah ia mampu memantau secara terus perlaksanaan dalam pembuatan taraf tinggi yang berasaskan nilai. Dengan adanya kilang pemasangan CKD, sekarang ini adalah masa yang tepat untuk rakyat Malaysia menentukan pilihan yang paling sesuai dan berpatutan untuk memuaskan minat mereka terhadap motosikal, terutama bagi segmen kapasiti kecil,” jelas Redza.


Naza Bikes

Naza Blade adalah motosikal sport paling laris sejak dipasarkan pada 2011 dan menguasai hampir 50 peratus pasaran apabila lebih 120 unit dijual sebulan.

Pada 2012, sebanyak 1000 unit motosikal Naza telah dijual. Segmen 250cc hingga 800cc mengalami pertumbuhan yang besar dan belum pernah berlaku dalam setiap pasaran terutama di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia.Ia adalah peluang besar untuk Naza menjadi salah satu pemain utama dalam lingkungan berkenaan dan sentiasa memastikan kita bersaing mengikut perkembangan semasa.

Selain itu untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, Naza World melabur RM500,000 dalam barisan pengeluaran baru untuk model Naza Blade yang dijangka siap Mac nanti.

Model 250R dan 650R adalah berdasarkan kepada Naza Blade yang dilancarkan oleh Naza sebelum ini. Harga bermula RM18,000 hingga RM26,000.

Selain itu model itu juga ditampilkan dengan solekan tubuh juga lebih menarik dan tampak lebih garang untuk menyerlahkan lagi penampilannya.

Naza World juga merancang untuk mengeksport Naza Blade 250cc ke Kemboja menjelang suku pertama tahun ini dan model Naza Blade 250cc dan 650cc ke Indonesia menjelang suku kedua.

Naza World turut menawarkan jenama antarabangsa lain seperti Harley Davidson, Ducati, Aprilia, Vespa, Gilera, Piaggo, dan Indian Motosikal dan kini syarikat tersebut sedang meneroka keupayaan pengeluaran tempatan.

- Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal, Tan Sri SM Nasimuddin


Honda

Boon Siew Honda Sdn Bhd adalah syarikat terkemuka dalam memperkenalkan motosikal berkuasa tinggi hingga ke pelbagai cc rendah.

Biarpun dengan beraneka pilihan motosikal Honda yang ditawarkan, setiap produk kami mencerminkan kualiti terbukti, kelasakan dan keyakinan jenama yang dipercayai sejak turun temurun.

Dalam kategori kuasa tinggi, Honda pada November tahun lalu memperkenalkan model CBR 250R Sport Quarter. Edisi Warna Baru CBR250R – Motosikal berkonsep Sport Quarter tampil dengan empat tema tersendiri Tri-co, Repsol, Mugen dan Hitam. Setiap aspek CBR250R era moden ini seperti sesaran enjin, saiz kerangka, kestabilan pengendalian dan kedudukan menunggang telah dioptimumkan demi pengalaman penunggangan yang lebih mengujakan.

CBR250R dilengkapi enjin bersistem penyejukan cecair 250cc 4 lejang 4 injap silinder tunggal DOHC baru yang menawarkan prestasi cemerlang pada rpm enjin rendah dan tinggi di samping mengekalkan ciri-ciri pengendalian sporty CBR.

Ia berfungsi dengan gandingan sistem suntikan bahan api PGM-FI canggih yang memastikan pembakaran sempurna melalui pembekalan bahan api yang tepat, justeru lebih menjimatkan petrol.

Harga motosikal sahaja untuk siri warna baru CBR250R adalah RM19,999 untuk edisi Tri-co Racing, RM20,499 untuk edisi Repsol Grand Prix, RM20,499 untuk edisi Mugen Motorsport dan RM19,499 untuk edisi juara hitam.

- Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada


Kawasaki
Kawasaki today have come a long way. Its rebirth began with the relocation of its office to a 35,000 sq ft facility at Hicom Glenmarie Industrial Park which includes a CKD assembly plant with a monthly output capacity of up to 1,000 units.

The new premise is equipped with modern facilities and amenities to provide excellent After-Sales Service to its dealers and customers. Its massive inventory of spare parts worth up to RM10 million will ensure its dealers peace-of-mind and Kawasaki owners - assurance and uninterupted enjoyment.
2008 also saw the launch of the world favourite Ninja 250R supersport! The Ninja 250R provides an affordable opportunity for lower cc bike owners to move up to the super sports category.

The Kawasaki Glenmarie CKD assembly line is the first plant in the region to assemble and rolled out the immensely popular Kawasaki ER-6n sports bike. This achievement bears testimony to Kawasaki Heavy Industry, Japan's support and commitment to the Malaysian motorcycle industry.

Kawasaki is ready to take the lead and “Let The Good Times Roll”




MOTOSIKAL 250cc YANG BAKAL MASUK MALAYSIA YANG DINANTI-NANTIKAN
Motosikal yang dijangka masuk Malaysia dalam masa terdekat ini. Bagi peminat superbike di Malaysia pastinya tidak sabar menunggu motosikal ini masuk dalam pasaran Malaysia.

 KAWASAKI: Z250



YAMAHA: R4 250





1 comments:

  1. i was just browsing along and came upon your blog. just wanted to say good blog and this article really helped me. indian motorcycle tours

    ReplyDelete