Friday 23 October 2015

Filled Under:

6 GAMBAR Kenali Siapa Sebenar JPJ Cantik Mira Filzah



Viral gambar anggota JPJ cantik jelita yang tersebar sebelum ini mendapat perhatian ramai dan menjadi tanda tanya siapakah gerangan sebenar anggota JPJ tersebut. Memandangkan raut wajahnya yang jelita dan mampu mencairkan hati setiap jejaka, ramai yang tidak menyangka wanita tersebut mampu menyandang jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, viral tersebut merupakan satu peluang buat pelakon baharu Mira Filzah untuk terus menapak di dalam dunia hiburan. Untuk pengetahuan umum, wanita yang disangka anggota JPJ sedang bertugas itu merupakan pelakon baharu yang kini sedang menempa nama di persada seni hiburan tempatan.

Kenali Siapa Sebenar JPJ Cantik Mira Filzah

“Saya tidak sangka gambar saya dapat perhatian apabila tersebar dilaman blog dengan menganggap saya adalah anggota JPJ kerana mereka tidak kenal saya pelakon baru.

“Lagi pula saya menggunakan pemakaian uniform yang betul mengikut nasihat pihak JPJ,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad sendiri turut keliru dengan anggota dibawahnya apabila menyangka Mira Filzah merupakan salah seorang anggota JPJ.

“Ketika itu kami ada pertemuan dengan pihak JPJ dan pelakon juga diminta untuk bertemu dengan Datuk Seri Ismail Ahmad.

“Dalam sesi itu saya masih memakai pakaian uniform kerana baru pulang dari penggambaran sehingga beliau berasa pelik dan bertanya saya dari bahagian mana kerana tidak pernah nampak saya sebelum ini,” ujarnya.

Lantaran daripada itu, dirinya kini semakin mendaoat perhatian dan sedikit sebanyak membuatkan orang ramai sedar tentang kehadirannya dalam industri lakonan tanah air malah berjaya menerima tawaran untuk membintangi beberapa drama dan telefilem tempatan. Jom kenali siapa sebenarnya Mira Filzah ini.







1 comments: