Sunday 25 October 2015

Filled Under:
,

Peluh Berlebihan: Lelaki Atau Wanita?

Segelintir masyarakat mempunyai persepsi terhadap golongan lelaki kurang menjaga kebersihan diri sehingga bau badan yang melampau membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Secara saintifik, badan yang merembeskan peluh adalah tindak balas normal terhadap sistem dalam badan. Malah, ia memberi petanda baik apabila badan yang berfungsi dengan mengeluarkan peluh secara sempurna mampu menyingkirkan toksik dan bahan buangan tidak perlu berada dalam tubuh badan.

Persoalannya, adakah anda pernah mengalami situasi dimana secara tiba-tiba anda mengeluarkan peluh secara berlebihan? Adakah anda mengetahui puncanya? Atau peluh berlebihan hanya sinonim dengan kaum lelaki?

Namun tanggapan tersebut tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini apabila semakin ramai golongan wanita yang turut menghadapi masalah bau badan dan peluh berlebihan seperti lelaki.

Adakah anda mengetahui bahawa wanita mempunyai 75 peratus lebih banyak kelenjar keringat/peluh, yang menghasilkan bau badan daripada lelaki?

Ini kerana kaum perempuan mempunyai luas permukaan kulit yang lebih besar. Mereka perlu mempunyai kelenjar peluh yang lebih banyak untuk merembeskan wap air.

Namun, ini tidak bermakna mereka lebih berbau dari golongan lelaki.  Bagi lelaki pula walaupun kelenjar peluh mereka tidak sebanyak perempuan tetapi kelenjar peluh lelaki jauh lebih aktif daripada wanita.

Struktur kulit manusiaStruktur kulit manusia

Menurut satu kajian dijalankan satu badan sukan di Amerika Syarikat, National Strength and Conditioning Association, yang diterbitkan dalam Journal of Strength & Conditioning Research mengatakan bahawa kadar peluh yang dihasilkan lelaki melebihi kadar peluh wanita semasa mereka mengambil bahagian dalam latihan sukan.

Dalam kajian itu, mereka mendapati walaupun kedua lelaki dan wanita minum sejumlah air dalam kuantiti sama sebaliknya, kadar peluh wanita hanya 0.57 liter sejam dibandingkan dengan kadar peluh lelaki iaitu 1.12 liter sejam.

Berdasarkan kadar peluh yang dihasilkan secara berlebihan, memetik laporan satu program  bual bicara terkenal ‘The Doctors’ yang disiarkan di Amerika Syarikat, Dr Ordon menyatakan akibat dari kesan itu, ia secara tidak langsung akan mendatangkan bau tidak enak kepada orang sekeliling.

“Kita semua berpeluh dan ini secara tidak langsung menunjukkan kewujudan bakteria dalam badan menjadi penyumbang kepada badan berbau” katanya.

Tambahnya, penggunaan atiperspiran dan deodoran sangat penting dalam menjaga bau badan.

Gambar hiasanGambar hiasan

Peluh Bukan Kawalan Kita- Dr Zubaidi Ahmad

Menurut pegawai perubatan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata terdapat tindakan pada diri kita tidak dapat dapat dikawal oleh kita.

“Proses penafasan dan degupan jantung antara tindakan yang kita tidak dapat di kawal kerana ianya dikawal oleh sistem saraf otak yang kompleks manakala proses merembeskan peluh pula dikawal sistem automatik” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Tambah doktor yang pernah berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ini lagi  menyatakan kebiasannya, berpeluh penting bagi membantu tubuh kita kekal sejuk.

Jumlah peluh yang dkeluarkan adalah bergantung dengan jumlah kelenjar peluh yang ada pada diri seseorang sejak mereka dilahirkan lagi. Pertumbuhan kelenjar tersebut paling banyak terdapat di bawah ketiak (axilla), kaki dan tapak tangan.

Adakah Peluh Yang Keluar Dari Tubuh Anda Sihat Atau Berpenyakit?

Dr Zubaidi yang juga bekas pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (English College) berkata, peluh yang sihat adalah peluh yang keluar dari tubuh dengan kadar yang sederhana sewaktu mereka berada dalam suasana panas atau melakukan aktiviti fizikal.

Sementara itu, bagi mereka yang berpeluh secara berlebihan ianya boleh dikategorikan sebagai ‘hyperhidrosis’ ataupun peluh menjadi tidak sihat apabila ianya disertai demam dan ketika tidur.

Hyperhidrosis ialah keadaan peluh yang melampau berlaku di bahagian tangan, kaki dan ketiak dan ia boleh berlaku pada awal usia kanak-kanak.

Malah, bukan setakat peluh secara berlebihan bahkan badan juga berbau apabila usia kian bertambah. Itu apa yang terjadi pada golongan perempuan.

Badan Wanita Berbau Apabila Menjangkau Usia Menopause

Memetik laporan artikel dalam majalah kesihatan ‘A.Vogel’, wanita yang usianya mencapai tahap menopause, mereka akan mengalami fasa dimana sering berpeluh pada waktu malam dan membuatkan badan berbau.

Menopause adalah tahap kesuburan wanita berhenti kerana proses reproduksi tidak mampu menghasilkan telur ovari. Ia biasanya akan dialami wanita yang berusia 40-an ataupun seawal 50-an.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Malaysian Digest juga menghubungi bahagian pemasaran produk deodran jenama Total Image baru baru ini, Caryn menyatakan golongan wanita mempunyai kelenjar peluh yang banyak daripada lelaki.

“Kami turut menghasilkan khusus untuk mereka yang mempunyai bay badan yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang sekeliling,” katanya.

Jelasnya, kadar peluh yang banyak secara tidak langsung menjadi sumber makanan kepada bakteria yang berada pada badan dan membawa kepada bau badan yang ketara.

Oleh yang demikian, mereka mengalami masalah ini tidak kira wanita ataupun lelaki seharusnya mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan untuk memastikan  kesihatan tubuh badan yang baik.

Pesanan Bagi Mereka Yang Kuat Berpeluh

Dr Zubaidi memgesyorkan cara terbaik adalah melakukan pemeriksaan doktor bertujuan menyakinkan individu sebegini  samada berpeluh secara berlebihan tidak membawa kepada masalah yang menyumbang kepada faktor penyakit berbahaya.Dr. Zubaidi Hj AhmadDr. Zubaidi Hj Ahmad

Tambahnya, mereka boleh menggunakan semburan antiperspirant dan pastikan menyemak label produk sebelum membelinya bagi memastikan bahawa produk yang digunakan adalah “antiperspirant” dan bukan hanya setakat deodoran semata-mata.

“Deodoran hanya akan mengelakkan dari badan berbau sahaja terutamanya di bahagian ketiak tetapi ia tidak akan mengurangkan keadaan berpeluh secara berlebihan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar memakai pakaian yang mudah menyerap peluh seperti pakaian yang diperbuat daripada kain kapas yang selalunya menyerap kelembapan dengan lebih baik.

Malah, sebagai cadangan adalah  lebih baik menggunakan pakaian sedikit longgar agar dapat menggalakkan peredaran udara dan mempercepatkan peluh menjadi kering.

Katanya, penggemar minuman berkafein dan makanan berempah juga menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Elakkan mengambil makanan tang mempunyai bawang putih, daging, rempah, kafein dan kacang.

Wanita Berpeluh: Pemilihan Jenis Bra Memainkan Peranaan Penting

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, jenis pemilihan bra dan tuala wanita haruslah fabrik yang mudah menyerap kelembapan terutama dibahagian alat sulit dan kelengkang wanita.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak kerap memakai topi, ini kerana dengan memakai topi, haba dalam badan dilepaskan melalui kepala dan jika ini berlaku badan tidak akan dapat melepaskan haba dengan sempurna dan boleh menyebabkan berpeluh secara berlebihan.

Inisiatif Melalui Cara Tradisional

Walaupun pelbagai produk moden terdapat di pasaran pada ketika ini, namun masih ada sesetengah pihak yang mengamalkan perubatan dan langkah pencegahan secara tradisional dimana mereka mempercayai langkah ini jauh lebih efektif berbanding dengan produk masa kini yang penuh dengan campuran bahan kimia.

Menurut artikel yang diterbitkan Majalah Mingguan Wanita, antara cara tradisional yang boleh diamalkan orang ramai terutama golongan wanita, mereka hanya perlu sebatang pokok kantan yang ditumbuk lumat dan rebus hancuran tersebut untuk dibuat mandian.

Serai wangi, daun jambu, lengkuas dan daun pandan juga antara bahan semulajadi yang mampu menyahkan bau badan. Caranya mudah apabila anda diminta untuk merebuskannya dan dibuat mandian seperti cara di atas.

Antara bahan-bahan inisiatif secara tradisionalAntara bahan-bahan inisiatif secara tradisional

Menariknya dalam artikel berkenaan turut memaklumkan kepada orang ramai bahawa biji timun juga boleh digunakan bagi mengurangkan kadar peluh di sesuatu tempat di bahagian badan. Hanya dengan menyapu biji timun mampu menghalang kadar peluh yang berlebihan.

Hakikatnya semua orang mempunyai bau badan tersendiri kerana ia berpunca daripada proses berpeluh yang menjadi sebahagian daripada proses tubuh bertindak balas dan paling penting memahami mengapa tubuh menghasilkan peluh dan menjaga kebersihan.




0 comments:

Post a Comment