Friday 23 October 2015

Filled Under:

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016



KUALA LUMPUR – Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

* Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijangka berjumlah RM39 bilion pada 2016 (3.1 peratus KDNK) (2015: dianggarkan berjumlah RM27 bilion mulai April)

* Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal kukuh dengan pertumbuhan teguh pada 2016, berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus (2015:4.5-5.5 peratus)

* Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipacu oleh permintaan domestik dengan perbelanjaan swasta terus menjadi pemacu utama

* Defisit fiskal Malaysia diunjur susut kepada RM38.8 bilion atau 3.1 peratus daripada KDNK pada 2016 (2015: 3.2 peratus)

* Kutipan hasil kerajaan persekutuan tahun depan dijangka berkembang sebanyak 1.4 peratus kepada RM225.7 bilion, diterutamanya disebabkan oleh kutipan tinggi dalam hasil cukai

* Hasil berkaitan minyak dijangka turun 14.1 peratus pada 2016 disebabkan oleh harga minyak mentah dunia yang lebih rendah (2015: 19.7 peratus)

* Perbelanjaan kerajaan pesekutuan dijangka meningkat 1.7 peratus kepada RM265.2 bilion pada 2016 (2015: RM260.7 bilion)

* Daripada RM265.2 bilion perbelanjaan kerajaan persekutuan, 81.1 peratus diperuntuk untuk perbelanjaan mengurus manakala 18.9 peratus untuk perbelanjaan pembangunan

* Perbelanjaan mengurus pada 2016 dijangka meningkat sebanyak 0.9 peratus berikutan usaha berterusan untuk merasionalisasi dan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan

* Perbelanjaan pembangunan dijangka naik 5.4 peratus tahun depan dengan RM30.3 bilion untuk sektor ekonomi

* Sektor keselamatan akan disediakan RM5 bilion pada 2016 untuk meningkatkan keupayaan angkatan tentera dan polis

* Sebanyak RM1.6 bilion akan diperuntukkan tahun depan untuk sektor pentadbiran awam bagi menaik taraf kemudahan kerajaan di seluruh negara

* Permintaan domestik dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus tahun ini dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta

* Pelaburan swasta diunjur meningkat 6.7 peratus pada 2016 dengan sejumlah besar pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan

* Penggunaan swasta dijangka bertambah 6.4 peratus pada 2016, mendapat faedah daripada prospek pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan gaji yang baik

* Pelaburan awam dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 2.3 peratus pada 2016 berbanding 1.6 peratus diunjur tahun ini disokong oleh projek-projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesebelas serta projek-projek yang sedang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.4 peratus pada 2016 dan meningkatkan bahagiannya kepada 54 peratus daripada KDNK daripada 53.8 peratus tahun ini dengan semua subsektor terus berkembang

* Inflasi kekal stabil pada dua hingga tiga peratus pada 2016 (2015:2.0- 2.5 peratus)

* PNK nominal per kapita diunjur naik 5.6 peratus kepada RM38,438 tahun depan berbanding 4.2 peratus pertumbuhan yang dijangka kepada RM36,397 tahun ini

* Akaun semasa Malaysia dijangka mencatatkan lebihan yang lebih kecil dalam lingkungan 1.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2015

* Eksport kasar dijangka meningkat 1.4 peratus pada 2016 berbanding penguncupan 0.7 peratus tahun ini, disokong oleh pelaburan awam tinggi dan perbelanjaan modal dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan

* Kedudukan luar Malaysia pada 2016 kekal terus menggalakkkan sejajar dengan prospek pertumbuhan lebih baik bagi ekonomi serantau dan maju melalui pengembangan ekonomi domestik

* Prospek perdagangan dunia diunjur bertambah baik tahun depan

* Defisit dalam akaun perkhidmatan tahun depan dijangka meningkat kepada RM11.4 bilion daripada RM14.7 bilion tahun ini

* Hutang kerajaan persekutuan kekal dalam had berhemat dan terkawal pada paras 55 peratus KDNK, menjadikan Malaysia antara negara berhutang sederhana

* Pinjaman luar pesisir kekal terurus pada 1.6 peratus KDNK, walaupun peningkatan dolar AS

* Sistem kewangan Malaysia kekal kukuh tahun ini meskipun pelbagai cabaran seperti kejatuhan harga komoditi dan kelemahan ringgit

* Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menarik pelaburan berjumlah RM78 bilion sejak dimulakan pada 2007, menyumbang 71 peratus daripada jumlah sasaran sebanyak RM110 bilion menjelang 2020

* Industri insurans kekal berdaya tahan dengan permodalan kukuh dan keuntungan bertambah baik

* Lebihan dagangan dijangka lebih tinggi pada RM85.3 bilion atau 7.3 peratus daripada KDNK pada 2015 (2014:RM82.5 bilion; 7.5 peratus)

* Kerajaan komited untuk meningkatkan dan mengukuhkan pasaran kewangan Islam, sebagai sebahagian daripada strategi untuk memaju dan memakmurkan negara

* Pertanian dijangka meningkat pada separuh kedua 2015 dengan pengeluaran minyak sawit, getah yang lebih tinggi

* Asean akan menubuhkan jawatankuasa kerja untuk meningkatkan inklusif kewangan – BERNAMA




0 comments:

Post a Comment