Thursday 22 October 2015

Filled Under:
,

Baru nak start VAPE??? Jom Tinggalkan Rokok!

Assalamualaikum w.b.t. semua. :)

VAPE/VAPING, yang kini menjadi trend kepada mereka yang dahulunya perokok analog (tembakau) tegar beralih arah ke rokok electronik atau lebih dikenali sebagai e-cigs atau vaping.

Ramai juga orang dah biasa kuat merokok nih cuba-cuba untuk beralih ke dunia vaping, dan Alhamdulillah ada yang terus tinggalkan rokok tembakau dan teruskan vaping, namun ada juga kembali ke rokok analog kerana memberi alasan tekak rasa tak sesuai, liquid terlalu keras atau terlalu lembut atau feelnya tak sama seperti rokok. Dalam masa yang sama ada juga yang bagi bermacam-macam tips dan teori untuk mula vaping.

Alhamdulillah So far dah 3 tahun saya tinggalkan rokok analog semenjak beralih ke dunia vaping nih. Tips ringkas ini hanyalah berdasarkan dari pengalaman saya:

1. TAK PERNAH VAPE? CAMNER NAK START?

Kawan saya yang introduce dekat saya pasal VAPING nih. Mod yang pertama adalah “EgO C-Twist”. Kemudian, kawan saya bagi saya test vape liquid 70/30 & 50/50 (PG/VG) dan  dari range 0mg sampailah ke 12mg nico, sampai saya dapat rasa mana yang sesuai dengan tekak (throat hit). Pada masa nih saya tak terlalu memilih dari segi rasa flavor, tapi yang saya pentingkan adalah “throat hit” (feel macam isap rokok masa kita tarik lepas sedut). Cuba punya cuba, saya dapati 50/50 (PG/VG), 12mg sesuai untuk tekak saya, kemudian baru saya pilih jenis PERISA yang saya nak.

Ada beberapa “vaperz” yang cuba bagi tips “kalau ko dulu kuat merokok, ko start je dengan 12mg atau 18mg terus”… Lepas tu ada yang terbatuk, tersedak, komplen lagi semput dan sakit tekak atau sebagainya. Sekarang ada macam-macam jenis E-liquid di pasaran dari 0 nico sampailah ke kandungan paras nico ikut kehendak tekak korang.

TIPS BERMULA: Jumpa member yang dah biasa vape atau terus ke kedai vape berdekatan (search “VAPE” “VAPING” “VAPOR” kt FB melambak2) untuk cuba VAPE anda yang pertama.

1. Buat permulaan, pilih MOD dan TANK yang sesuai dan mudah dipasang dan tidak merumitkan (plug and play) cth: egrip, subtank, egoOne dan sebagainya. Selepas memilih mod dan tank anda, pelajari betul2 macammana nak guna. Sesetengah kedai ada tester sblom anda membeli.

2. Setiap kedai vape perlu ada Liquid range nico dari 0mg hinga paras tertentu untuk dicuba oleh orang yang baru nak vape. Test liquid start dari 70/30, 50/50, 0mg dahulu, sampai anda rasa jenis paras “mg” nico yang sesuai untuk tekak anda. Kemudian baru pilih flavor mengikut kesedapan tekak anda. (paras “mg” nicotine, rasa kekerasan mungkin sedikit berbeza antara satu jenama dan jenama yang lain)

3. Pastikan Barangan VAPE anda sentiasa dalam keadaan bersih. Simpan battery di tempat yang selamat. Lebih baik simpan dalam battery case. Kalau simpan dalam vape pouch,  jangan campur battery dengan logam ataupun kanthal di tempat yang sama. TERBAKAR PULAK NANTI!!!

4. Jika selepas 2-3 hari liquid di dalam tank anda berubah warna (menjadi keruh), ini mungkin disebabkan tank anda terdedah dengan panas atau pun liquid yang mengandungi sweetener terlalu tinggi dan coil anda menjadi gunk (berkerak). Ini adalah perkara biasa. Kalau masa hisap tu rasa dah lain, dah tak sedap, kalau tak pandai servis sendiri, minta kawan-kawan yang pandai servis tank atau ke kedai je terus mintak diorang serviskan. Tapi bayaran biasanya dikenakan.

INGAT: Sekarang sudah banyak barang-barang vape yang original dan murah untuk dimiliki di pasaran. Ada juga barangan clone yang mungkin berkualiti di pasaran, namun ada juga kebanyakannya tidaklah terjamin dari segi kualiti dan keselamatan penggunaannya. (short circuit, berkarat dsbnya).

BUDGET ESTIMATION FOR FIRST TIME VAPING:
MOD & TANK, LIQUID + XTRA SERVICE/STUFF/ACCECORIES = RM200-RM300

Kemudian pelajari ini perlahan-lahan. Tak semua perkara kita boleh faham dan pandai dalam masa satu hari.

2. FAHAMI TENTANG E-LIQUID.

Pelbagai jenis e-liquid dan paras nico.
Pelbagai jenis e-liquid dan paras nico.
Ketahui jenis ratio PG (Propelyne Glycol)/VG (Vegetable Glyeceryn), tahap paras nico (mg), jenis kandungan e-liquid. Ada sebahagian e-liquid punyai kandungan acidic dan alcohol (biasanya produk import), ada yang jenis perisa buah-buahan (fruity base) atau ala-ala cigar (tobacco base), ada yang biasa dan ada juga yang sejuk, ada juga liquid yang boleh menyebabkan coil gunk (berkerak) kerana terlebih sweetener, atau boleh menyebabkan tank anda retak! Ada liquid yang berubah rasanya atau warnanya. Ada juga liquid yang terlalu cepat sangat habisnya, ada juga yang terpaksa dibuang begitu sahaja…. errr… kenapa yer???

Jangka hayat liquid kebiasaannya adalah dalam masa 1 tahun. Simpan di tempat suhu bilik dan jangan biar terdedah dengan panas, cahaya matahari,  serta jangan biarkan e-liquid terdedah tanpa penutup terlalu lama. Ini akan mengubah, menghilang atau merosakkan e-liquid anda.

Ada juga sesetengah orang mengalami alergic/alahan pada e-liquid yang punyai kandungan PG (Propelyne Glycol).

3. FAHAMI TENTANG MOD ANDA

VV Mod

VV Mod with LED

Mechanical Mods

VV/VW DNA 20-40watt Mod

Build in atomizer


Baik samaada jenis “Mechanical” (sleeve/box and battery) atau jenis Variable Voltage/Watt (with or without LED Screen), ketahui camner nak jaga mod, nak mantain quality performance, penggunaan battery yang sesuai dan seumpamanya. Ada juga MOD yang dah siap dengan TANK atau Build in atomizer.

4. FAHAMI SISTEM TANK ANDA.

Dripper

Dripper

Kanger Subtank Mini

Kanger Subtank Mini

Recoil with Silica Wick

X-One by JEMIT -MALAYSIAN PRODUCT



Ada macam-macam jenis tank yang ada sekarang nih seperti, Replaceable Carto, Genesis Type, RDA – Rebuildable dripping atomizer (The, Origen, Magma, Veritas, Tugboat, Plume Veil, 454, Vulcan, CLT), RTA – Rebuildable tank atomizer (Taifun GT, sQuape and Fogger, Kayfun). Pelajari Positive dan Negative pole/connection, Jenis coil, wire kanthal dan jenis-jenisnya, wick (silica, cotton), standard recoil, ohm reading, brapa power yang sesuai untuk fire bagi yg memakai mod jenis VV/VW, kenapa tank panas, kenapa mod panas, short circuit, coil gunk, hangit, hot-spot, tank kaca/plastik retak masa vape dan sebagainya.

Bagi yang baru bermula, RAJIN2 pelajari dan research di youtube cara untuk recoil dan cara penjagaan tank serta mod anda. Adalah lebih baik anda berusaha untuk recoil tank anda sendiri daripada upah kedai kerana ada sesetengah peniaga mengenakan caj yang mahal hanya untuk mencuci dan recoil tank anda.

ADVANCED STAGE:
5. BELAJAR CARA BUAT E-LIQUID SENDIRI!

Tutorial, Recipe dan Tips buat e-liquid… akan datang!!!

6. MAKE CUSTOM MECHANICAL or VV/VW MOD

Saya bukan sifoo, hanya sekadar berkongsi apa yang saya tahu…




0 comments:

Post a Comment